Wednesday, November 28, 2007

Perbezaan Photoshop CS dan Picasa

Aahhh…. Setiap orang ingin kan gambar kenangan kelihatan lebih cantik kan? Banyak cara untuk memcantikkan gambar yang diambil… Sebagai contoh yang aku guna adalah software Photoshop CS dan Picasa. Kedua-dua software ini ada perbezaannya…

Untuk pengetahuan kawan-kawan, aku guna software ni pun tak lah lama sangat, baru beberapa bulan jer... tu pun tak aktif sangat... sehingga lah timbul minat untuk meng’edit kan gambar dan melihat gambar cantik kawan-kawan. Terlintas difikiran untuk mempelajari lebih mendalam tentang software ni.

Photoshop CS sebenarnya adalah software yang lebih advance dari Picasa… photoshop CS adalah untuk golongan professional… tetapi, golongan macam kita ni pun boleh belajar software ni… aku belajar melalui pembelajaran tutorial kat internet jer… Aku selalu belajar kat YouTube… kat sana, cara-cara untuk mencantik kan photo ada diajar… tapi tak semua fungsi dier bagi tau lah…. Kalau nak belajar dengan lebih lanjut lagi… gi lah khursus photoshop yang ditawarkan oleh mana-mana institusi… hehehe lihat lah gambar yang dah aku edit… tak expert sangat lah gambar yang aku edit tu k…. masih dalam proses pembelajaran…. Hehehe… Jangan marah…

hancur... haha :P

gambar potrait

tattoo edit kat pinggang...

lihat tattoo edit kat kat aku... hehehe

background platinium...


Picasa pulak adalah software untuk semua golongan kerana software ni sangat senang digunakan.. software ni boleh didapati kat website http://www.picasa.com/ kat sana korang boleh download secara percuma. Cuba lah!! Picasa ni tak lah se’advance Photoshop CS… software Picasa ni lebih kepada menerangkan warna dan cahaya gelap sahaja berbandingan dengan photoshop CS yang lebih professional mengubah gambar secara unik… hehehe… lihat lah perbezaan gambar ni ngan gambar photoshop…


semua lebih kepada pengubahan cahaya.....


Jadi…. Kalau korang berminat, belajar lah software yang aku kata tu lah…. Hehehe seronok tau…

~Cucur Wannabe~

Salam-salam… tajuk hari ni adalah tajk cucur wannabe… kenapa aku bagi tajuk cucur wannabe adalah kerana… ada satu perkara yang melucukan semasa aku ngan member aku nak masak cucur pisang…

Petang tu… sambil aku, adik aku ngan member aku ni main internet… aku terasa nak makan cucur pisang… jadi aku ajak member aku ni masak cucur… apa lagi kitorg tinggal kan lap top masing-masing trus ker dapur buat cucur…. Sebelum tu, aku kuar belakang umah… jenguk ayah tengah menebas rumput dan menebang pokok tebu... ayah pun bagi lah tebu untuk dimakan… aku pun bawa masuk tebu tu…

Kitong pun mula buat cucur… resepi johor… hehehe cucur digaul rapi… sedap mata memandang… hehehe cucur pun mula dimasak… sambil tu aku mengupas tebu… kawan aku plak memasak cucur…

Cucur wannabe pusingan pertama:

Setelah meletak cucur dalam kuali berisi minyak yang panas, kawan aku ni tinggal kan cucur tu kejap jer… aku plak kat sebelah sinki tengah mengupas tebu… dengan asyik nya aku mengupas dan tak hirau kan keadaan sekitar…. Tak disangka… cucur yang kawan aku masak tadi dah jadi cucur HITAM (cucur wannabe)…. Berasap-asap kuali… aku ngan adik aku gelak-gelak jer tengok telatah kawan aku yang tengah geram ngan aku coz aku tak jaga cucur dier… sampai dier kutuk-kutuk aku LEMBAB, DREAMING dan segala yang melucukan… hehehe kitorg still gak gelak-gelak.. memang kelakar… tapi dier masih sakit hati ngan aku… hehehe

Mari kita tgk cucur yang dikatakan CUCUR WANNABE tu… hehehe


Cucur tu trus kena buang…

Monday, November 19, 2007

Photoshop Cs~!

hai geng... aku datang kembali kat blog ni.... aku memang suke wat blog.. tapi aku tak ada aktiviti nak post kan kat blog aku.. so.... aku stop kejap lah... then aku baru teringat nak wat blog pasal Photoshop CS... heheheh

baru-baru ni tah kenapa aku bleh minat blajar photoshop... heheh mungkin aku ingat lepas study ni aku nak wat partime jurucameraka kot... who know's... hehehe so aku pun godek2 lah software photoshop n blajar tutorial kat youtube...

ni hasil kerja aku... tgk lah erk... sudi2 kan lah bg komen....




ni plak gambar yang aku ambik kat internet... then aku ubah mata budak ni... hehehe



sebelum



selepas...

sebelum


selepas... jadi hantu... hehehe

ok... apa-apa nanti aku bgtau perkembangan seterusnya pasal photoshop CS lagi k... daa...