Tuesday, January 20, 2009

Kuala Terengganu (JEJAK PEMADAM)

Salam kepada semua rakan-rakan, dah lama aku dah tak update blog ni kan? mesti korang tertunggu-tunggu blog baru aku... nak buat macam mana kan... aku pun bz, ke sana ke mari ngan kerja outstation aku... hehehe

Ni aku datang kembali mengnge"blog"kan citer baru aku... haha

2 minggu lepas, aku kena bertugas ke Kuala Terengganu, time tu jugak lah Pilihan Raya kecil kat sana, kebetulan plak kan? aku ke sana buat program menambahkan ahli PEMADAM sambil memberi maklumat kat masyarakat bahayanya dadah. Tempat tumpuan PEMADAM adalah kat sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu.


Pada mulanya program ni nak buat kat kampung-kampung, tapi tak jadi kerana takut orang kampung salah anggap plak kat kitorang yang dengan niat nak menolong mencegah dadah kat kampung diorang. Maklum lah musim mengundi ni kan?

Jadi kitorang pun buat program kat sekolah-sekolah dan menyelit masuk kat program masyarakat dalam Program Memancing Ikan Darat Perpaduan. Jadi usaha kami berjaya lah jugak. Program berjalan dengan lancar dan kami berjaya mengutip ahli baru lebih kurang 350 orang.

Dalam kekusyukan mengurus program-program, banyak perkara yang aku belajar dan lalui dan banyak benda yang tak pernah aku jumpa, aku jumpa kat sana. Tipu lah kalau aku kata orang Terengganu tak lawa... huhuhu... dan orang kat sana pun peramah terutama mak cik kedai makan kat Teluk Ketapang, kedai dier dekat ngan Airport K. Terengganu. Hampir tiap-tiap hari aku gi sana makan ikan goreng tepung, udang, sotong dan pari tepung dier. sedap giler. hehehe

Pejam celik, pejam celik.. 2 minggu dah berlalu dengan cepat. Tiba masa nya aku balik KL untuk bertugas macam biasa dan buat laporan harian kat K. Terengganu. So sampai sini lah citer aku dan enjoy lah menatap gambar-gambar yang aku post ni k.