Sunday, April 15, 2012

PROGRAM BERSAMA ANAK ORANG ASLI KAMPUNG BUKIT CERMIN, KUALA KANGSAR, PERAK.


Baru-baru ni opis mengadakan program bersama-sama anak orang asli di Kampung Bukit Cermin, Kuala Kangsar, Perak. Dalam masa yang sama juga telah menyerahkan barangan serupa Al-Quran, Kain Sejadah, Pelikat, Yasin, Telekung dan Ketayap untuk mereka yang memerlukan.


Program bermula jam 11:30 pagi dan berakhir pada jam 1:00 tengahari. Pengalaman yang manis bersama mereka walaupun sekejap aje... ni kali kedua aku ke sini.. melihat anak-anak orang asli yang sentiasa inginkan perubahan dalam hidup mereka... melihat pada raut wajah mereka, terukir perasaan gembira bila bertemu dengan kami yang datang dari Kuala Lumpur. Mereka seperti mengetahui bahawa kehadiran kami akan memberi kejutan dan keseronokan kepada mereka.Aku bersama sahabat sepejabat telah melakukan yang terbaik untuk mereka dah semoga mereka gembira dan semoga bertemu kembali pasa masa akan datang dengan program yang lebih seronok lagi untuk mereka.