Selamat petang semua,
hari ni hari jumaat... TGIF~ haha best bila dah sampai hujung minggu ni... semua org suka kan... siapa tak suka hari Jumaat angka tangan... eh siapa tak suka tu memang pelik laa... hahaha
bukan apa hari ni tajuk post pun dah buat org tertanya-tanya... buat apa hantar surat?? haaaa korang tak tau... skrg ni aku bg tau laa... actually aku semalam jumpa boss yang atas aku ni... menyatakan harsat aku berhenti kerja... hahhh~!!!?? berhenti kerja??!!
aah berhenti kerja... betul... berhenti kerja... tu laaa yang aku bagi tau boss aku... sedih pun ada jugak laa bila cakap nak berhenti kerja ni... macam berat laa hati ni nak meninggalkan tempat kerja ni... aku dah 7 tahun kot kat sini... selama itu jugak aku bersama meraka ni... tak sangka aku akan berhenti tak lama lagi.. ni semua kerana aku nak membina hidup baru aku kat kuching sarawak pulak...
sebenar nya harap untuk aku balik ke kampung halaman ni dah lama mak aku pendam... balik laaa--- balik laa... tapi aku ni degil tak nak balik... syok dah kan kerja kat sini... dengan suasana dan keadaan tempat kerja yang selesa dan tak stress... buat aku lagi berat nak tinggalkan tempat ni... apa boleh buat... kalau aku tak mencuba benda baru untuk masa depan aku... aku mungkin tak berganjak dari tempat selesa aku sekarang... aku nak cuba untuk mencabar diri aku ni ke peringkat yang lebih mencabar dalam hidup aku...
maklum laaa aku ni dah 32 Tahun... ehh... masa ni laaa masa untuk mengumpul harta dan kekayaan sebelum kita mencapai umur 40 tahun... tak pasti lagi aku lepas ke tak laa umur 40 tahun tu... kot-kot dah mati dulu sebelum tu... hahaha
anyway... kenapa aku berhenti ni... aku nak balik kampung halaman untuk membantu ayah dan mak menguruskan hal di sana (hal-hal tu tak yah laa aku citer...) maklumlaa... bila dah berhenti ni... maksud nya aku tak makan gaji dah... aku kena cari duit sendiri untuk menjana kehidupan aku kat kuching plak..
part ni laaa paling mencabar untuk aku... dan aku berdoa agar apa yang aku buat ni akan betul dan aku yakin pada diri yang aku boleh melalui cabaran hidup baru ni selepas ini... mungkin akan lebih mematangkan aku untuk lebih kenal siapa diri aku dan apa kelemahan aku...
dalam tahun depan mungkin aku dah pack semua barang aku kat sini untuk bawa ke Kuching dan membina hidup baru di sana.. tak bermakna aku akan melupakan Semenanjung Malaysia... aku masih sayang Semenanjung Malaysia... sayang org semenanjung... tak lupa... rezeki aku selama 11thn di sini (termasuk tahun aku belajar di UM) aku perolehi dari tanah Semenanjung... mula laa lepas ni hidup aku mencari rezeki kat Sarawak plak...
Nota: melangkah ke depan untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. wah~~ hahaha kbai..