kalau korang perasan kat YM aku dulu... status aku sentiasa jer aku kata "bz sial"... hah! tu lah yang aku bz kan... ada program bengkel anti-dadah peringkat ASEAN. Jadi, Malaysia adalah tuan rumah bengkel kali ni...
masa bengkel ada pameran gak...
kami dari ibu pejabat PEMADAM MALAYSIA bekerja sama ngan PEMADAM SARAWAK menganjurkan bengkel ni... sebenarnya proses penganjuran ni dah mula lama sebelum aku mula bekerja kat PEMADAM. Jadi aku rasa macam satu cabaran yang sangat besar perlu aku lalui (ASEAN beb! berurusan ngan negara ASEAN!)
time bz buat kerja masing-masing... ada yang buat tag nama ada yang key in data peserta
apa tugas yang aku kena buat adalah, manjawab email dari negara asean, panggilan dari organisasi tempatan, berurusan ngan Dato'-Dato'... bersyukurlah tahap ketentionan tu tak sampai tahap nak pecah kepala... hahaha (aku profesional menangani stress :P)
bengkel tu bermula pada 9 disember 2008 sehingga lah 13 discember 2008 (kat Kuching, Sarawak tuuu) jadi kami dari ibu pejabat dihantar seramai 7 orang termasuk akak dari PEMADAM WILAYAH PERSEKUTUAN.
perjalanan bengkel berjalan lancar, masalah kecik dapat diselesaikan... cuma yang sedikit masalah time closing ceremony... huhu meja dinner tak cukup... dewan pun macam kecik jer... tapi tak per... masalah dapat diselesaikan... tapi tunggu jer lah post-moterm... huhuhu masak lah!
ni aku ada lampirkan gambar sepanjang bengkel dan setuasai kerja kami...
ni time peserta mendaftar (sempat lagi ambik gambar tuu)
No comments:
Post a Comment