Thursday, September 18, 2008
Pada Suatu Hari yang MagiC!!
rutin harian beliau adalah menebang pokok di dalam hutan untuk dijadikan kayu api. pemuda tersebut juga memburu binatang untuk dijadikan makanan harian beliau..
Pada suatu hari, sedang pemuda itu menebang pokok... beliau terdengar bisikan memanggil nama nya... "wahai pemuda, mahukan kamu menjadi kaya?", tanya suara tersebut. Pemuda itu terkejut apabila mendengar suara yang aneh itu. Dengan perasaan takut pemuda itu bertanya, " si.... si... siapa di sana?". suara tersebut bersuara, "jangan takut wahai pemuda tampan, aku datang untuk membantumu."
Dengan tidak membuang masa, pemuda itu bertanya, "apa yang kamu hendak lakukan terhadap saya? saya tidak perlukan pertolongan sesiapa kerana saya boleh berdikari sendiri." Kata suara itu, "jangan lah engkau angkuh wahai pemuda, aku tidak akan apa-apakan engkau. Engkau hanya perlu menurut perintah aku, kemudian semuanya akan berubah sekelip mata."
Pemuda itu masih berdegil, beliau tidak mendengar kata-kata suara itu malah pemuda itu meneruskan kerja menebang pokok. Kedengaran bunyi angin sepoi-sepoi bahasa ditelinganya... lama-kelamaan angin semakin lama, semakin kencang... Menyebabkan ranting-ranting yang ada pada dahan kayu jatuh dengan banyak... awan pertukar menjadi gelap... pemuda itu hairan dengan keadaan cuaca tersebut dan jantungnya semakin kencang disebabkan angin kuat datang secara tiba-tiba dan awan menjadi gelap.
Tidak lama kemudian, kedengaran suara aneh berkata, "inilah kuasa aku, apa yang aku mahu dari engkau adalah kerjasama... jika engkau menurut kata-kata aku.... aku akan menjadi penjaga mu sampai bila-bila...
setelah mendengar suara itu berkata-kata, pemuda itu pun menurut kata-kata suara tersebut... apa yang dikatakan oleh suara aneh itu tadi menjadi kenyataan dengan sekelip mata.. perubahan yang mendadak berlaku kepada pemuda itu.. baju yang buruk menjadi bersih dan cantik. kasut yang koyak bertukar menjadi kasut yang seolah-olah baru dibeli dari kedai, rumah pemuda itu bertukar menjadi rumah batu yang sangat cantik. tiada rumah yang lebih cantik lagi selain daripada rumah pemuda itu dikampung tersebut.
orang-orang kampung sedar akan perubahan itu mula menjunjungi pemuda itu... mereka semua mahu mendengar cerita pemuda itu dan semakin hari semkain ramai oragn kampung yang berbuat baik dengan pemuda tersebut...
nilai moral: jangan bersikap sombong kepada orang miskin. kita tidak akan menyangka suatu hari nanti orang miskin itu akan menjadi berada.
Tuesday, September 16, 2008
Bulan Kemerdekaan 2008!!!
Tak lupa gak ngan sekolah-sekolah, guru mengadakan pelbagai program sepanjang bulan Ogos… ada sekolah yang terpilih untuk membuat pertunjukkan sempena 31 Ogos tempoh hari… ada jugak yang melakukan aktiviti di dalam sekolah sahaja…
Begitu gak ngan sekolah tempat aku mengajar ni… sempena bulan kemerdekaan, guru-guru yang bertanggungjawap untuk menguruskan aktiviti-aktivi menarik untuk murid-murid bertungkus lumus untuk menjayakan program diorg…
Antara program sepanjang bulan kemerdekaan ni ialah, lukis dan mewarna poster, deklamasi sajak, pertandingan tulisan jawi, pertandingan pantun dll… aku pun tak sempat nak tgk coz ada pertandingan yang dibuat lepas rehat dan time tu aku ada kelas… hehehe
Sebelum program-program bermula, sekolah adalah mengadakan program seperti perasmiaan bulan patriotisme, ambang kemerdekaan dan penutup bulan kemerdekaan.. dan aku plak diarahkan menjadi jurukamera untuk program-program ni… apa-apa pun… gambar aku tak ada lah dalam blog kali ni yer… jgn lah sedih… :P
Pelancaran Bulan Patriotisme
Penutupan Bulan Patriotisme
Friday, September 12, 2008
Genting 08’
Pagi tu kami bertolak dari umah kol 930am, sampai jer KL sentral… tiket bus ke genting plak yang buat hal… korang tau tak kol berapa bus setrus nyer bertolak ke
Ngatuk gak lah menunggu… masuk jer bus, aku macam dah kat tilam… sedap plak
Tiba di puncak, kitorang pun ke genting theme park ambik tiket..
Hujan jer kitorang masuk ke dalam indoor theme park... indoor theme park ni tak lah best sangat… biasa jer berbanding ngan outdoor theme park… permainan kat sana indoor tak mencabar macam kat outdoor… kalau tak hujan, memang semua permaian kat outdoor kitorang dah cuba… hehehe berani ker?? :P
Kitorang sempat gak lah ambik gambar… tapi gambar tak cantik coz hari hujan, cuaca kat sana pun gelap… then tak nampak permandangan… di waktu malam plak… kitorang banyak menghabiskan masa kat dalam theme park tu… jalan-jalan, main role coster, kete langgar-langgar.. huhuhuh
Puas berseronok, kitorang g makan KFC… hehehe ni kat bawah ni gambar yang sempat aku ambik ngan eddy…
Tuesday, September 9, 2008
Hari konvo aku!!
Hey geng!! sedih nyer coz lama dah aku tak buat blog ni… yer lah… aku skrg pun bz gak ngan kerja aku ni.. tambah-tambah lagi baru habis konvo ni… tu yang kena sattle down benda penting dulu… skrg aku pun dah kerja… sementara jer lah… sampai 24 hb Oktober ni… sebagai guru ganti kat Sekolah Kebangsaan Jalan Peel.. tapi, sebelum aku cerita pasal kerja aku, aku cerita pasal hari konvo aku yang berlangsung pada 9 Ogos 2008 lepas. Iaitu pada hari sabtu pagi….
Sebagaimana korang tau
Sekolah Kebangsaan Jalan Peel
.jpg)
.jpg)
Macam mana aku boleh dapat jadi guru ganti? Mungkin salah satu faktor nyer adalah, kat
Berbalik kepada citer Sekolah Kebangsaan Jalan Peel… Sekolah ni dekat giler ngan umah aku… tak sampai 30 minit pun… 15 minit jer dari umah… tu yang beruntung dapat sekolah yang dekat ngan umah.. tak perlu pikir nak balik cepat… relaks jer…
Pastu lagi, lepas habis kelas kol
Tugas aku boleh dikatakan berat gak lah, coz aku ambik alih tugas guru kelas… jadi, tugas guru kelas ni lebih banyak dibandingkan guru-guru lain yang bukan guru kelas. Lebih-lebih lagi kalau musim exam.. mula lah sibuk-sibuk ngan menyemak kertas ujiaan, masukkan markah ujian kat dalam buku rekod guru, buku prestasi murid-murid, hantar buku prestasi murid-murid kat pejabat untuk semakan guru besar dan lain-lain lagi lah…
Tapi
Patut lah selama ni ayah ngan mak aku asyik nak aku jadi guru jer, tapi aku kata “tak nak”… tapi, bila aku dah rasa sendiri macam mana menjadi seorang guru ni, aku sedar betapa seronok nyer jadi guru… wah!!! Ni yang menaikkan semangat aku terus bersemangat untuk menjadi guru walaupun cuma guru ganti sahaja… hahaha
Tapi aku berazam untuk memohon KPLI untuk intake tahun depan… aku berharap aku dapat diserapkan masuk ke dalam KPLI untuk kursus satu tahun.. kemudian aku ingin menjadi guru sepenuh masa..
Korang jangan tak berdoa plak untuk aku, doa