Thursday, September 18, 2008

Pada Suatu Hari yang MagiC!!

Pada suatu hari, disebuah kampung terdapat seorang pemuda yang sangat miskin... pemuda itu tinggal berhampiran sungai kerana orang kampung tidak memperdulinya... walaubagaimanapun, beliau sangat rajin bekerja untuk menyara hidupnya...

rutin harian beliau adalah menebang pokok di dalam hutan untuk dijadikan kayu api. pemuda tersebut juga memburu binatang untuk dijadikan makanan harian beliau..

Pada suatu hari, sedang pemuda itu menebang pokok... beliau terdengar bisikan memanggil nama nya... "wahai pemuda, mahukan kamu menjadi kaya?", tanya suara tersebut. Pemuda itu terkejut apabila mendengar suara yang aneh itu. Dengan perasaan takut pemuda itu bertanya, " si.... si... siapa di sana?". suara tersebut bersuara, "jangan takut wahai pemuda tampan, aku datang untuk membantumu."

Dengan tidak membuang masa, pemuda itu bertanya, "apa yang kamu hendak lakukan terhadap saya? saya tidak perlukan pertolongan sesiapa kerana saya boleh berdikari sendiri." Kata suara itu, "jangan lah engkau angkuh wahai pemuda, aku tidak akan apa-apakan engkau. Engkau hanya perlu menurut perintah aku, kemudian semuanya akan berubah sekelip mata."

Pemuda itu masih berdegil, beliau tidak mendengar kata-kata suara itu malah pemuda itu meneruskan kerja menebang pokok. Kedengaran bunyi angin sepoi-sepoi bahasa ditelinganya... lama-kelamaan angin semakin lama, semakin kencang... Menyebabkan ranting-ranting yang ada pada dahan kayu jatuh dengan banyak... awan pertukar menjadi gelap... pemuda itu hairan dengan keadaan cuaca tersebut dan jantungnya semakin kencang disebabkan angin kuat datang secara tiba-tiba dan awan menjadi gelap.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara aneh berkata, "inilah kuasa aku, apa yang aku mahu dari engkau adalah kerjasama... jika engkau menurut kata-kata aku.... aku akan menjadi penjaga mu sampai bila-bila...

setelah mendengar suara itu berkata-kata, pemuda itu pun menurut kata-kata suara tersebut... apa yang dikatakan oleh suara aneh itu tadi menjadi kenyataan dengan sekelip mata.. perubahan yang mendadak berlaku kepada pemuda itu.. baju yang buruk menjadi bersih dan cantik. kasut yang koyak bertukar menjadi kasut yang seolah-olah baru dibeli dari kedai, rumah pemuda itu bertukar menjadi rumah batu yang sangat cantik. tiada rumah yang lebih cantik lagi selain daripada rumah pemuda itu dikampung tersebut.

orang-orang kampung sedar akan perubahan itu mula menjunjungi pemuda itu... mereka semua mahu mendengar cerita pemuda itu dan semakin hari semkain ramai oragn kampung yang berbuat baik dengan pemuda tersebut...

nilai moral: jangan bersikap sombong kepada orang miskin. kita tidak akan menyangka suatu hari nanti orang miskin itu akan menjadi berada.

watak pemuda:


watak suara:


orang kampung:


hahaha!! :P

Tuesday, September 16, 2008

Bulan Kemerdekaan 2008!!!

"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN”, itu lah moto kemerdekaan pada tahun ni… sempena hari kemerdekaan ni… banyak program yang telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang erti Merdeka sebenarnya..

Tak lupa gak ngan sekolah-sekolah, guru mengadakan pelbagai program sepanjang bulan Ogos… ada sekolah yang terpilih untuk membuat pertunjukkan sempena 31 Ogos tempoh hari… ada jugak yang melakukan aktiviti di dalam sekolah sahaja…

Begitu gak ngan sekolah tempat aku mengajar ni… sempena bulan kemerdekaan, guru-guru yang bertanggungjawap untuk menguruskan aktiviti-aktivi menarik untuk murid-murid bertungkus lumus untuk menjayakan program diorg…

Antara program sepanjang bulan kemerdekaan ni ialah, lukis dan mewarna poster, deklamasi sajak, pertandingan tulisan jawi, pertandingan pantun dll… aku pun tak sempat nak tgk coz ada pertandingan yang dibuat lepas rehat dan time tu aku ada kelas… hehehe

Sebelum program-program bermula, sekolah adalah mengadakan program seperti perasmiaan bulan patriotisme, ambang kemerdekaan dan penutup bulan kemerdekaan.. dan aku plak diarahkan menjadi jurukamera untuk program-program ni… apa-apa pun… gambar aku tak ada lah dalam blog kali ni yer… jgn lah sedih… :P

Pelancaran Bulan Patriotisme


Di Ambang Kemerdekaan



Penutupan Bulan Patriotisme

Friday, September 12, 2008

Genting 08’

Semua org pernah g genting kan? Aku pun pernah gak… hahaa… termasuk ni, kali kedua dah aku ke sana. Kali ni aku pergi ngan Eddy, dua org jer… ni pun tiket beli sendiri…

Pagi tu kami bertolak dari umah kol 930am, sampai jer KL sentral… tiket bus ke genting plak yang buat hal… korang tau tak kol berapa bus setrus nyer bertolak ke sana? Hah kol 3pm… jadi… aku ngan eddy pun beli jer lah tiket ke sana kol 3pm… lepas jer kitorang beli, kitorang lepak kat dalam KL sentral sampai kol 230pm…

Ngatuk gak lah menunggu… masuk jer bus, aku macam dah kat tilam… sedap plak kan… empuk jer kusyen tempat duduk bus ni… apa lagi.. aku pun duduk senyap-senyap dan trus tertido sampai ker SkyWay Genting… naik Cable car lagi… huhuh… sebelum ni naik kete ke puncuk… tapi kali ni, pengalman yang best… naik cable car plak…. Takut gak lah mula-mula… bila dah lama-lama duk kat dalam tu… rasa macam biasa dah… apa tak nyer… cable nak ke puncak tu bukan nyer sekejap… lama gak lah… cable car terpanjang di Malaysia kalau tak silap aku… hehehe

Tiba di puncak, kitorang pun ke genting theme park ambik tiket.. malang sungguh time tu, hujan diwaktu petang sangat lebat… kami hanya sempat mengambil beberapa gambar sahaja di outdoor theme park.. hujan seolah-olah cemburu ngan kitorang coz kitorang dapat tiket orang sponcer… tak per… lain kali kitorang datang lagi lah… time tu cerah giler dan panas terik.. huhuhuh :P

Hujan jer kitorang masuk ke dalam indoor theme park... indoor theme park ni tak lah best sangat… biasa jer berbanding ngan outdoor theme park… permainan kat sana indoor tak mencabar macam kat outdoor… kalau tak hujan, memang semua permaian kat outdoor kitorang dah cuba… hehehe berani ker?? :P

Kitorang sempat gak lah ambik gambar… tapi gambar tak cantik coz hari hujan, cuaca kat sana pun gelap… then tak nampak permandangan… di waktu malam plak… kitorang banyak menghabiskan masa kat dalam theme park tu… jalan-jalan, main role coster, kete langgar-langgar.. huhuhuh

Puas berseronok, kitorang g makan KFC… hehehe ni kat bawah ni gambar yang sempat aku ambik ngan eddy…


Tuesday, September 9, 2008

Hari konvo aku!!


Hey geng!! sedih nyer coz lama dah aku tak buat blog ni… yer lah… aku skrg pun bz gak ngan kerja aku ni.. tambah-tambah lagi baru habis konvo ni… tu yang kena sattle down benda penting dulu… skrg aku pun dah kerja… sementara jer lah… sampai 24 hb Oktober ni… sebagai guru ganti kat Sekolah Kebangsaan Jalan Peel.. tapi, sebelum aku cerita pasal kerja aku, aku cerita pasal hari konvo aku yang berlangsung pada 9 Ogos 2008 lepas. Iaitu pada hari sabtu pagi….



Sebagaimana korang tau kan… time konvo jer, semua ahli keluarga datang untuk meraikan hari istimewa ni… tak lupa gak ngan ahli keluarga aku… yang best nyer… semya datang tu…


Pagi time nak masuk berarak ke dewan… mak dan ayah aku datang dulu dan adik2 aku datang kemudian… majlis konvokasion berlangsung pada pukul 9 pagi… tamat lebih kurang pukul 11 pagi…

Selepas majlis bersurai, sesi mengambil foto bermula lah… aku berterima kasih kat Eddy coz dier hadiah kan bunga konvo kat aku dan bersusah payah menjadi jurufoto konvo aku… byk gak lah gambar yang dier ambik.. semua lawa-lawa…

Tak lupa gak ngan member aku Mac n Ejay yang ada gak datang time tu… walaupun masing-masing datang pada hari yang berlainan… hehehe sebenar nyer fotoshot wat 2 sesi… hahaha lihat lah gambar kat bawah tu… macam2 gaya ada… hehehe

Sekolah Kebangsaan Jalan Peel


Korang tau tak kenapa tajuk blog aku Sekolah Kebangsaan Jalan Peel? Hehe sebenar nyer… selama ni… aku jadi guru ganti kat sekolah tu… hehehe aku ganti guru yang ambik kursus pendidikan jarak jauh..

Macam mana aku boleh dapat jadi guru ganti? Mungkin salah satu faktor nyer adalah, kat Kuala Lumpur ni.. banyak sangat sekolah yang mengadakan kursus guru berkelulusan Ijazah… maklumlah skrg kan, semua sekolah rendah kalau tak silap dengar lah, kena ada 50% guru yang berkelulusan Ijazah. Tu sebab lah guru-guru yang berkelulusan diploma kena ambik kursus untuk kenaikan Gred dan gaji dan menepati qoata sekolah… ni baru lah boleh meningkatkan lagi prestasi sekolah masing-masing kan…. Hehehe

Berbalik kepada citer Sekolah Kebangsaan Jalan Peel… Sekolah ni dekat giler ngan umah aku… tak sampai 30 minit pun… 15 minit jer dari umah… tu yang beruntung dapat sekolah yang dekat ngan umah.. tak perlu pikir nak balik cepat… relaks jer…

Pastu lagi, lepas habis kelas kol 12:55pm, trus balik dan lepak kat umah… kadang-kadang boring gak lah balik umah awal-awal… tu yang aku stay kat sekolah sampai kol 2pm… siapkan kerja yang perlu disiapkan…

Tugas aku boleh dikatakan berat gak lah, coz aku ambik alih tugas guru kelas… jadi, tugas guru kelas ni lebih banyak dibandingkan guru-guru lain yang bukan guru kelas. Lebih-lebih lagi kalau musim exam.. mula lah sibuk-sibuk ngan menyemak kertas ujiaan, masukkan markah ujian kat dalam buku rekod guru, buku prestasi murid-murid, hantar buku prestasi murid-murid kat pejabat untuk semakan guru besar dan lain-lain lagi lah…

Tapi kan.. aku mula rasa seronok menjadi guru, tak tau kenapa… mungkin kerjaya yang sesuai untuk aku adalah menjadi seorang guru… hehehe sebenar nyer dulu, aku tak suka menjadi guru pun… aku beranggapan jadi guru sangat susah, low standard kata nyer… rupa-rupa nyer selepas aku mencuba sendiri dan bekerja sebagai seorang guru, aku dapati kerja ni tak lah teruk sangat…

Patut lah selama ni ayah ngan mak aku asyik nak aku jadi guru jer, tapi aku kata “tak nak”… tapi, bila aku dah rasa sendiri macam mana menjadi seorang guru ni, aku sedar betapa seronok nyer jadi guru… wah!!! Ni yang menaikkan semangat aku terus bersemangat untuk menjadi guru walaupun cuma guru ganti sahaja… hahaha

Tapi aku berazam untuk memohon KPLI untuk intake tahun depan… aku berharap aku dapat diserapkan masuk ke dalam KPLI untuk kursus satu tahun.. kemudian aku ingin menjadi guru sepenuh masa..

Korang jangan tak berdoa plak untuk aku, doa kan aku dapat KPLI nanti… dengan doa-doa korang lah aku dapat mencapai matlamat aku dalam bidang perguruan… hehehe doa yer… jgn tak doa plak… hehehe tq kawan-kawan..

aduh!!!

baru skrg aku leh on9!!!! siot jer hidup ni tanpa internet!!!! geram nyer!!!!! ni pun aku apply internet kat kedai dobi bawah kondo aku... kalau tak... duk kat dlm blik jer lah aku tiap2 hari... buat lemak perut.. lepas ade internet ni... aku rasa tak bosan dah kot... tgk lah macam mana lagi kn... hehehe ok lah... mari baca blog aku seterus nyer... c u all....