Thursday, September 18, 2008

Pada Suatu Hari yang MagiC!!

Pada suatu hari, disebuah kampung terdapat seorang pemuda yang sangat miskin... pemuda itu tinggal berhampiran sungai kerana orang kampung tidak memperdulinya... walaubagaimanapun, beliau sangat rajin bekerja untuk menyara hidupnya...

rutin harian beliau adalah menebang pokok di dalam hutan untuk dijadikan kayu api. pemuda tersebut juga memburu binatang untuk dijadikan makanan harian beliau..

Pada suatu hari, sedang pemuda itu menebang pokok... beliau terdengar bisikan memanggil nama nya... "wahai pemuda, mahukan kamu menjadi kaya?", tanya suara tersebut. Pemuda itu terkejut apabila mendengar suara yang aneh itu. Dengan perasaan takut pemuda itu bertanya, " si.... si... siapa di sana?". suara tersebut bersuara, "jangan takut wahai pemuda tampan, aku datang untuk membantumu."

Dengan tidak membuang masa, pemuda itu bertanya, "apa yang kamu hendak lakukan terhadap saya? saya tidak perlukan pertolongan sesiapa kerana saya boleh berdikari sendiri." Kata suara itu, "jangan lah engkau angkuh wahai pemuda, aku tidak akan apa-apakan engkau. Engkau hanya perlu menurut perintah aku, kemudian semuanya akan berubah sekelip mata."

Pemuda itu masih berdegil, beliau tidak mendengar kata-kata suara itu malah pemuda itu meneruskan kerja menebang pokok. Kedengaran bunyi angin sepoi-sepoi bahasa ditelinganya... lama-kelamaan angin semakin lama, semakin kencang... Menyebabkan ranting-ranting yang ada pada dahan kayu jatuh dengan banyak... awan pertukar menjadi gelap... pemuda itu hairan dengan keadaan cuaca tersebut dan jantungnya semakin kencang disebabkan angin kuat datang secara tiba-tiba dan awan menjadi gelap.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara aneh berkata, "inilah kuasa aku, apa yang aku mahu dari engkau adalah kerjasama... jika engkau menurut kata-kata aku.... aku akan menjadi penjaga mu sampai bila-bila...

setelah mendengar suara itu berkata-kata, pemuda itu pun menurut kata-kata suara tersebut... apa yang dikatakan oleh suara aneh itu tadi menjadi kenyataan dengan sekelip mata.. perubahan yang mendadak berlaku kepada pemuda itu.. baju yang buruk menjadi bersih dan cantik. kasut yang koyak bertukar menjadi kasut yang seolah-olah baru dibeli dari kedai, rumah pemuda itu bertukar menjadi rumah batu yang sangat cantik. tiada rumah yang lebih cantik lagi selain daripada rumah pemuda itu dikampung tersebut.

orang-orang kampung sedar akan perubahan itu mula menjunjungi pemuda itu... mereka semua mahu mendengar cerita pemuda itu dan semakin hari semkain ramai oragn kampung yang berbuat baik dengan pemuda tersebut...

nilai moral: jangan bersikap sombong kepada orang miskin. kita tidak akan menyangka suatu hari nanti orang miskin itu akan menjadi berada.

watak pemuda:


watak suara:


orang kampung:


hahaha!! :P

No comments: