Tuesday, September 9, 2008

Sekolah Kebangsaan Jalan Peel


Korang tau tak kenapa tajuk blog aku Sekolah Kebangsaan Jalan Peel? Hehe sebenar nyer… selama ni… aku jadi guru ganti kat sekolah tu… hehehe aku ganti guru yang ambik kursus pendidikan jarak jauh..

Macam mana aku boleh dapat jadi guru ganti? Mungkin salah satu faktor nyer adalah, kat Kuala Lumpur ni.. banyak sangat sekolah yang mengadakan kursus guru berkelulusan Ijazah… maklumlah skrg kan, semua sekolah rendah kalau tak silap dengar lah, kena ada 50% guru yang berkelulusan Ijazah. Tu sebab lah guru-guru yang berkelulusan diploma kena ambik kursus untuk kenaikan Gred dan gaji dan menepati qoata sekolah… ni baru lah boleh meningkatkan lagi prestasi sekolah masing-masing kan…. Hehehe

Berbalik kepada citer Sekolah Kebangsaan Jalan Peel… Sekolah ni dekat giler ngan umah aku… tak sampai 30 minit pun… 15 minit jer dari umah… tu yang beruntung dapat sekolah yang dekat ngan umah.. tak perlu pikir nak balik cepat… relaks jer…

Pastu lagi, lepas habis kelas kol 12:55pm, trus balik dan lepak kat umah… kadang-kadang boring gak lah balik umah awal-awal… tu yang aku stay kat sekolah sampai kol 2pm… siapkan kerja yang perlu disiapkan…

Tugas aku boleh dikatakan berat gak lah, coz aku ambik alih tugas guru kelas… jadi, tugas guru kelas ni lebih banyak dibandingkan guru-guru lain yang bukan guru kelas. Lebih-lebih lagi kalau musim exam.. mula lah sibuk-sibuk ngan menyemak kertas ujiaan, masukkan markah ujian kat dalam buku rekod guru, buku prestasi murid-murid, hantar buku prestasi murid-murid kat pejabat untuk semakan guru besar dan lain-lain lagi lah…

Tapi kan.. aku mula rasa seronok menjadi guru, tak tau kenapa… mungkin kerjaya yang sesuai untuk aku adalah menjadi seorang guru… hehehe sebenar nyer dulu, aku tak suka menjadi guru pun… aku beranggapan jadi guru sangat susah, low standard kata nyer… rupa-rupa nyer selepas aku mencuba sendiri dan bekerja sebagai seorang guru, aku dapati kerja ni tak lah teruk sangat…

Patut lah selama ni ayah ngan mak aku asyik nak aku jadi guru jer, tapi aku kata “tak nak”… tapi, bila aku dah rasa sendiri macam mana menjadi seorang guru ni, aku sedar betapa seronok nyer jadi guru… wah!!! Ni yang menaikkan semangat aku terus bersemangat untuk menjadi guru walaupun cuma guru ganti sahaja… hahaha

Tapi aku berazam untuk memohon KPLI untuk intake tahun depan… aku berharap aku dapat diserapkan masuk ke dalam KPLI untuk kursus satu tahun.. kemudian aku ingin menjadi guru sepenuh masa..

Korang jangan tak berdoa plak untuk aku, doa kan aku dapat KPLI nanti… dengan doa-doa korang lah aku dapat mencapai matlamat aku dalam bidang perguruan… hehehe doa yer… jgn tak doa plak… hehehe tq kawan-kawan..

15 comments:

allyhanafi said...

i'll pray for u...
then will be posted at Song Sarawak.. ahaks...

Unknown said...

salam..
seronok ye jadi guru?
baguslah kalo betul2 ikhlas dalam mendidik...
tapi course KPLI memang mencabar..
get ready to face it when u get it..
hadapi cabaran studi dalam bidang perguruan pulak k...
hope u will b a great teacher-membentuk anak bangsa berguna..

A M-Syah Reza said...

Sk Jln PEEL??It my old alma meter...Kind a missed it..If u still there send a regard to Cikgu Sofi..

AINA OMAR said...

huhu...
rindunye nak masuk sekola ni balik...
sebanarnye skola giler dkt ngan umah... 5 mint je ko... kalo berlari 2 minit kot...
heheh...
tapi yg membuatkan kaki ni nak terjejak kat skola tu lgi coz dah ramai cikgu yg kenal pindah...
huhu... cikgu sofi... cikgu, anita, cikgu lea, cikgu suhaimi... hmmm... ramai lagi...

aidil kamil said...

rindunye kt sekolah lame aq....
rase mcm nk sekolah balek je kt sekolah nie...

ieza beledza said...

sekarang keje mana?? k.maria tanya masih single ke?? bila nak dtg sini.. bawa ole2 ye.. skrg ramai cikgu nak berasalin, x nk jd guru ganti lg ke?? 30hb sukan sekolah dtg la ambil gambar kekekeke

Dr Gegancung said...
This comment has been removed by the author.
Dr Gegancung said...

NI LA SKOLAH MULA2 KWN BLAJAR DLU DARJAH 1 THN 78 SPI DARJAH 3 THN 80 PASTU TUKA SKOLAH LEN SBB PINDAH RUMAH

yong said...

argh!! rindunye nak blajar kat sekolah ni!!

yong said...

tumpan bertanya,sekolah ni ada persatuan alumni x?

satriav6 said...

Rindu jugak sekolah ni aku masuk darjah 1 tahun 89 hingga tahun 95...

satriav6 said...

Rindu jugak sekolah ni aku masuk darjah 1 tahun 89 hingga tahun 95...

phoenix said...

google google, tetibe ternampak post ni.. hehe, my old skool!! 1994-1997.. :)

Unknown said...

1997-2002

Unknown said...

1997-2002 . ada tak saing2 saya kat sini ?